NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 6/2016
Y.B., Y.Bhg. Dato’/Datin, Tuan-Tuan & Puan-Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 6/2016
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Ingin dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UiTM Perlis, Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung ke 6. Y.Bhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Arshad Ayub akan turut serta. Y.B. Dato’ Othman bin Haji Aziz Penasihat Alumni, Merangkap Timbalan Menteri Kewangan 1 akan merasmikan Mesyuarat AGM Ke 6 ini. Butir-butir adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad, Ogos 21, 2016
Waktu: 3.00 petang
Tempat: Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, Off Jalan Damansara. 60000 KUALA LUMPUR
Tel: 03 79573344
Kami berbesar hati sekiranya pihak Y.B., Y.Bhg. Dato’/Datin, Tuan-tuan, Puan-puan dapat mengesahkan kehadiran sebelum Ogos 21, 2015.
Sila Hubungi:
Setiausaha: Zarina Ahmad 019 2825678 atau
Pen. Setiausaha Sarah Omar 013 3574117
Kami juga berharap bayaran keahlian dapat dijelaskan sebelum Ogos 21, 2016 atau pada hari Mesyuarat Agung. Mulai dari tahun 2016 mana-mana Ahli yang gagal menjelaskan bayaran keahlian selama 3 tahun berturut-turut tidak akan menerima atau mendapat faedah dan kemudahan sebagai Ahli Alumni. Sila hantar bank-in slip melalui whatsapp atau email:
Sila Hubungi: Bendahari: Rohayah Adam: 012 2883153
E mail: royadam288@gmail.com
Akaun:
Persatuan Alumni UiTM Perlis Malaysia - Maybank 564089009952
Bersempena dengan Mesyuarat Agung ke 6 tersebut, pihak Alumni juga akan mengadakan aktiviti-aktiviti berikut:
1) Kejohanan Golf Amal 2016
Bayaran: RM350
Tarikh: Ahad, Ogos 21, 2016
Waktu: Tee Off 7.30am
Tempat: Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, Off Jalan Damansara. 60000 KUALA LUMPUR
Tel: 03 79573344
2) Majlis Makan Malam Silaturrahim Alumni UiTM Perlis
Ahli Alumni dan seluruh warga bekas pelajar UiTM Perlis serta keluarga dijemput hadir. Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Arshad Ayub akan turut serta hadir pada Majlis ini.
Tarikh: Sabtu, Ogos 20, 2016
Waktu: 8.00pm-11.00pm
Tempat: Perkarangan Pejabat ZAQ Design. Blok B, Perdana Exclusive Condiminium.
Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana. 47820 Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan
Pihak AJK Alumni akan menyediakan juadah pada malam tersebut, walau bagaimanapun pihak AJK mengalu-ngalukan sumbangan dari segi makanan atau kewangan untuk tujuan tersebut di atas.
Diharap Y.B., Y.Bhg. Dato’/Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan dapat melapangkan masa untuk menyertai program-program tersebut di atas.
“ALUMNI KITA TANGGUNGJAWAB KITA”
Yang benar
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara Perlis Malaysia
ZARINA AHMAD
Setiausaha